Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika
suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’:
34)Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada
seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan
kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara
dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir
As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan
kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah
berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT,
lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di
sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak
ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta
suaminya.(Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi
permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan
mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda
SAW dengan firman yang bermaksud:Jika sampai Nabi menceraikan kalian,
mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri
yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat
kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat),
saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim:
5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika
berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga
dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul
Jami’ no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus
menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti
solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga
lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia
jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa
seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak
berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak
menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak
mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali
kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah
aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni
syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali
kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya
dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak
dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa
no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia
pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita
sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang
menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami
isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang
diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang
menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah,
sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian
pula mereka (para suami)”.
Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi
kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang
bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara
manusia menontonnya”. (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di
rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang
dapat menghalangi suaminya untukistimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya
seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami
memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak
menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap
berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di
tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat
tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah
SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no.
1436)
Sumber : http://www.myberita.com/sifat-sifat-isteri-yang-dijanjikan-syurga/
0 komentar:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Posting Komentar